TABUNG ENDOWMEN KEUSAHAWANAN UTM-MTDC SIGNATURE PROGRAM

Tabung Endowmen Keusahawanan UTM – MTDC Signature Program merupakan program yang diperkenalkan sebagai usaha untuk untuk melahirkan usahawan di kalangan pelajar UTM. Program berbentuk pemberian geran modal kepada pelajar ini, dilihat mampu untuk melonjakkan lagi produk-produk inovasi yang dibangunkan oleh pelajar seterusnya menubuhkan syarikat pemula berasaskan teknologi industri 4.0.
Daftar Masuk
*Sila baca garis panduan sebelum memohon program

Syarat Umum

Syarat umum dan kriteria Tabung Endowmen Keusahawanan UTM-MTDC Signature Program yang telah diperakukan oleh Universiti adalah seperti di bawah:

  • Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah UTM warganegara yang masih aktif dalam pengajian.
  • Pelajar memiliki sekurang-kurangnya PNGK 2.5 ke atas.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang mempunyai idea produk yang telah dipertandingkan di mana-mana peringkat dan mempunyai potensi untuk dikomersilkan atau mempunyai cadangan produk melalui kelas projek yang berhasrat untuk mengembangkan hasil produk.
  • Seorang pelajar hanya boleh mengemukakan satu permohonan Tabung Endowmen Keusahawanan UTM-MTDC Signature Program.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tamat permohonan adalah ditolak dan tidak dipertimbangkan.
  • Pelajar pada semester akhir yang ingin memohon perlu mempunyai syarikat dan telah menjalankan perniagaan.

Syarat Khusus

  • Mempunyai perniagaan yang sah dan berdaftar di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) kecuali bagi permohonan di bawah RM5,000.00.
    Mempunyai sijil UTMXCITE Student Startup.
Jumlah Permohonan Geran
RM5,000
RM5001 – RM10,000
RM10,001 – RM20,000
RM20,001 – RM30,000
Tempoh perniagaan
2 – 6 bulan
6 bulan
12 bulan
18 bulan
  • Mempunyai pelan perancangan perniagaan.
  • Mempunyai struktur akaun syarikat / rekod kewangan kecuali bagi permohonan di bawah RM5,000.00.

Kriteria Permohonan

Permohonan dari semua bidang perniagaan adalah digalakkan. Keutamaan diberikan kepada permohonan yang berkaitan dengan (5) Nich Area berikut:

  • Kecerdasan Buatan
  • Imej Realiti Tertambah
  • Robotik dan Automasi
  • Automasi dalam Kelestarian
  • Teknologi Revolusi Industri 4.0

Jumlah siling bagi setiap permohonan Tabung Endowmen Keusahawanan UTM-MTDC Signature Program adalah seperti Jadual 2 berikut:

Bil Jenis Program Tempoh Pelaksanaan (bulan) Amaun (RM)
1. Advance 18 30,000.00
2. Intermediate 12 20,000.00
3. NOV 1 6 10,000.00
4. NOV 2 2 – 6 5,000.00
Perbelanjaan projek yang terlibat/berkaitan dengan program usahawan sahaja dibenarkan. Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan kewangan bagi setiap perbelanjaan seperti di dalam Jadual 3 berikut:

BIL KETERANGAN JUMLAH MAKSIMA YANG BOLEH DIBELANJAKAN – CAPPING (%)
1. Bekalan dan bahan keperluan pembangunan projek 40
2. Aksesori, Peralatan dan Perisian 10
3. Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan 15
4. Upah dan Elaun 15
5. Perjalanan dan Pengangkutan 10
6. Perhubungan komunikasi dan Utiliti 5
7. Sewaan 5

Muat turun Garis Panduan link
Muat turun Maklumat Projek link
Muat turun Borang Permohonan link