
14 Mei 2018 – Program Pengaturcaraan Mikropengawal dan Pemikiran Komputasional kepada Jurulatih Utama Reka Bentuk Teknologi, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah diadakan pada 13-15 Mei 2018 bertempat di Silka Hotel, Johor Bahru.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan asas dan kemahiran menggunakan mikropengawal (microcontoller) kepada 22 Jurulatih Utama (JU) Reka Bentuk Teknologi (RBT) Negeri Johor. JU yang hadir datang dari daerah-daerah seluruh Negeri Johor merangkumi daerah Kluang, Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Pasir Gudang dan juga Johor Bahru.
Dr Afnizanfaizal Abdullah dan Prof. Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan selaku Master Trainer telah melaksanakan program ini dengan kerjasama dari Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE), MDEC (Malaysian Digital Economy Corporation) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Menurut Prof. Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan, “Program ini bukan sahaja memberikan kemahiran asas menggunakan Arduino dalam melaksanakan pelbagai ujikaji, malah JU juga diberikan pendedakan berkaitan dengan konsep Pemikiran Komputasional (Computational Thinking-CT) dan aplikasi, khususnya Decomposition, Pattern, Abstraction, Algorithm, Logical Reasoning dan Evaluation. Beberapa Unplugged Activities juga diadakan bagi mensimulasikan konsep CT ini.
Turut bersama dalam program ini adalah En Noor Azam Bin Yusoff, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.