was successfully added to your cart.

Cart

MAJLIS GRADUASI KURSUS PENSIJILAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL & SAINS KOMPUTER 2017

By May 7, 2018 News

Graduan Majlis Graduasi Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017

25 April 2018 – Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan Majlis Graduasi Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017 bertempat di M-Suite Hotel, Johor Bahru, Johor.

Majlis ini diadakan bagi meraikan graduan-graduan yang terdiri daripada guru-guru sekitar negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka yang berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer 2018. Bilangan graduan yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya ini ialah seramai 118 orang.

Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017 merupakan inisitaif kerajaan Malaysia melalui MDEC dan KPM bagi melatih guru-guru agar mahir dengan pengetahuan dan kemahiran sains komputer, termasuk kemahiran  pengaturcaraan dan juga memahami dan menggunakan strategi pedagogi yang sesuai untuk  pengajaran pemikiran komputasional dan sains komputer (CTCS).  Peserta program ini telah melalui latihan selama 40 jam secara “face to face” dengan Master Trainer yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UTM. Mereka juga diberikan tugasan seperti projek pengaturcaraan (programming), menyediakan kertas cadangan bagi siasatan bilik darjah (classroom investigation) dan video laporan.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrin Mohammad, Pro Naib Canselor (Strategi) UTM. Wakil Pengarah Pendidikan Johor, Pn. Sallina Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan wakil MDEC, En. Johan Termizi, Pengurus, Educator Readiness, Talent & Digital Entrepreneurship Division, turut hadir ke majlis ini dan pengarah UTM XCITE, Prof Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan juga hadir.

 

Penyampaian Sijil kepada guru-guru yang berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017

 

Penyampaian Sijil kepada guru-guru yang berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017

 

Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi Abd Rozan memaklumkan juga bahawa “UTM melalui UTM XCITE telah diberi mandat oleh MDEC bagi meneruskan lagi pelaksanaan program Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer bagi tahun 2018 ini. Selain itu, UTM XCITE juga telah diberi mandat untuk melaksanakan Bengkel Micro-controller bagi Jurulatih Utama KPM yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang juga akan diadakan pada bulan Mei 2018 akan datang.”

Sekitar Majlis Graduasi Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan  Sains Komputer 2017

Mohammed Nabil Mahamad

Author Mohammed Nabil Mahamad

More posts by Mohammed Nabil Mahamad

Leave a Reply

X