was successfully added to your cart.

Cart

UTM XCITE ingin merakamkan sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Afnizanfaizal Bin Abdullah diatas segala bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Inovasi) UTM XCITE. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi ganjaran yang besar atas usaha murni yang dilakukan sepanjang perkhidmatan beliau. Kami di UTM XCITE mendoakan agar Dr. Afnizanfaizal lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baharu.

AP Dr Mohd Zaidi menyampaikan hadiah kenang kenangan kepada Dr Afnizanfaizal

AP Dr Mohd Zaidi menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada saudara Akmal

UTM XCITE juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Muhammad Akmal Ahmad, pelajar ‘internship’ yang telah berjaya menamatkan tempoh penempatan beliau di UTM XCITE. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Pembangunan Mahasiswa Holistik menjadi tumpuan,
Begitu juga graduan dengan ciri-ciri keusahawanan,
Walaupun sedang melalui beberapa penstrukturan, 
Namun UTM XCITE sentiasa bergerak ke hadapan.
 
Big Data dan Machine Learning 
Menjadi trend dan sebutan semua
Namun ramai yang juga jadi pening
Hanya Dr Af yang faham Serba Serbinya
 
Burung helang terbangnya tinggi,
hinggap sebentar di pohon jati,
terima kasih Dr Afnizan yang bestari,
memberi sumbangan sepenuh hati.
 
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kepada Dr Af kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Orangnya senantiasa Cool dan Tenang,
Sememang sentiasa tekun fokus tetapi bersahaja
Siapakah gerangannya yang kita bincang
Saudara Akmal pelajar LI kitalah orangnya
 
Perjalanan LI sentiasa mempunyai byk simpang,
Walaupun pendek diharap tetap berguna
Memori bersama xcite hendaklah selalulah terkenang
Semoga diberikan masa depan yang ceria hendakNya.

– Nukilan Prof Madya Dr Ramesh K S @ Mohd Zaidi Abd Rozan, Pengarah UTM XCITE
X